fbpx

Iman Suhana paranoid mengandung pada musim Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BIARPUN paranoid, namun Iman bersyukur diberi rezeki mengandungkan anak kedua yang kini memasuki usia lima bulan.

PETALING JAYA – Kematian dan komplikasi yang berlaku kepada segelintir wanita hamil ketika negara sedang dilanda pandemik bukan satu hal yang menyenangkan buat segelintir kaum ibu.

Kerisauan sama turut dilalui dramatis popular, Iman Suhana yang kini sedang hamil lima bulan.

Kata Iman atau nama sebenarnya Norsuhana Mohamad Wahid, 31, walaupun menerima khabar gembira kehamilan kedua, dia mengakui dilanda paranoid kerana mengandung ketika kes jangkitan Covid-19 sedang meningkat.

“Alhamdulillah saya disahkan hamil sekitar Mei lalu tetapi ketika mendapat berita gembira ini, mental saya agak ‘koyak’ kerana banyak membaca tentang tidak sesuai mengandung pada musim Covid-19.

“Disebabkan itu, saya berehat sebentar daripada media sosial. Tanpa sedar, berita sebegitu boleh mematahkan semangat ibu-ibu yang sedang hamil sehingga memberi kesan kepada kandungan,” katanya kepada Kosmo! Online hari ini.

Ujarnya, dia berharap agar semua wanita yang sedang hamil terus kuat dan jangan hiraukan kata-kata negatif orang lain.

“Kepada semua wanita yang sedang mengandung, kuatkan semangat.

“Percayalah bahawa setiap kehamilan sudah ditentukan Tuhan. Jika Allah SWT kata sudah sampai masanya (hamil), Dia akan tetap akan beri,” katanya lagi.

Bercerita lanjut, dia yang terkenal menerusi drama Takdir Yang Tertulis itu memberitahu alahan yang dialaminya teruk berbanding ketika hamil anak pertama.

“Tiga bulan pertama memang terbaring saja, asyik muntah dan bau masakan seperti bau tumisan pun tidak boleh.

“Selain itu, saya juga tak boleh dengan bau badan suami sendiri. Dia mandi atau tidak, saya tetap tidak boleh terima,” ujarnya.

Untuk rekod, pelakon kelahiran Taiping, Perak itu berkahwin dengan Muhammad Shazwan Ibrahim , 32, iaitu seorang ahli perniagaan pada tahun 2018.

Pasangan itu seterusnya dikurniakan seorang anak perempuan, Maya Inara yang kini berusia tiga tahun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI