fbpx

‘Sajat tinggalkan nama buruk adik kena tanggung’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mustika (kiri) dan Sajat (kanan).

PETALING JAYA – Adik perempuan kepada usahawan kosmetik kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, atau Nur Sajat yang dikenali sebagai Mustika meluahkan rasa marah apabila ada sebuah portal media menggunakan gambarnya pada berita berkaitan abangnya.

Mustika melalui satu hantaran di laman Instagramnya berkata, perbuatan Sajat juga meninggalkan kesan buruk terhadap kehidupannya dan meminta dirinya tidak lagi dikaitkan dengan usahawan itu.

“Kesiannya netizen, dapat maklumat betul-betul tidak betul oleh media itu. Kalau mana yang tidak tahu, ini gambar Mustika (dirinya) dan bukanlah gambar Sajat. Ramai datang serang walhal aku tak ada kena mengena perbuatan Sajat.

“Dia tak pedulikan sesiapa, buat apa aku nak peduli setiap tindakan dia. Tapi, dugaan bukan kecik bila aku perempuan tanggung perbuatan dia selama ini,” katanya.

Selain itu katanya, kelakuan Sajat bukan sahaja meninggalkan nama buruk serta memberi reputasi busuk, malah abangnya juga tidak pernah meminta maaf daripadanya.

“Dia tinggalkan nama buruk dan tanpa diberi pilihan aku kena tanggung? Anak, reputasi busuk dan dia tak pernah minta maaf pada aku.

“Malah dia hina aku sebab aku terangkan dekat media walaupun dia tahu aku tak burukkan dia langsung. Banyaknya pengalaman sejak kes Sajat,” katanya.

Mustika turut mengaku kontroversi yang dicetuskan oleh abangnya itu meninggalkan kesan negatif terhadap anak-anaknya dan kehidupannya sebagai seorang ibu.

Sementara itu, tinjauan Kosmo! di ruang komen mendapati, rata-rata pengguna mendoakan agar Mustika kuat berdepan dugaan ini berikutan kontroversi abangnya sedang hangat diperkatakan di seluruh negara.

“Muka awak berdua hampir sama sebab itu media tersalah pakai, mana satu Mustika di salah guna sebab memang muka sama sangat. Bertabahlah Ika (Mustika) sekeluarga, kes memang tengah hangat,” kata Ana.

“Saya doakan Ika dan keluarga tabah. Terguna gambar sahaja, siapa yang kenal Ika tahulah itu bukan Sajat tapi Ika,” kata Leen.

Terdahulu, Sajat mengesahkan dia telah berhijrah ke Australia dan telah ‘cerai’ talak tiga dengan Malaysia.

Sajat membuat kemunculan semula selepas kira-kira sebulan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan usahawan itu ditangkap oleh pihak imigresen Thailand, pada pukul 6 petang 8 September lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI