fbpx

‘Rasa boleh kekal ‘rich & famous’ sampai usia 50 tahun, teruskan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Emma Sofea melakonkan watak Esra dalam siri I-Tanggang.

PETALING JAYA – Pelakon cilik yang mencuri perhatian ramai menerusi karakter Esra dalam siri I-Tanggang, Emma Sofea menitipkan pesanan agar golongan muda sekarang tidak terlalu obses dengan media sosial.

Emma, 15, berkata, dia berharap agar kebiadaban yang ditonjolkan dalam siri berkenaan menerusi karakter Esra sepatutnya dijadikan sempadan dalam kehidupan golongan remaja masa kini.

“Kalau terlalu obses dengan media sosial, berehatlah. Berehat dengan buat perkara-perkara yang menenangkan fikiran. Pergi pantai, asingkan diri daripada dunia luar mungkin dalam tempoh seminggu.

“Untuk saya secara peribadi, apa Esra ada bukan sesuatu yang saya mahukan dalam hidup. Kalau betul-betul yakin boleh kekal ‘rich & famous’ sampai usia 50 tahun dengan terlalu bergantung dengan dunia sosial media, teruskanlah.

“Kalau kalian rasa semua itu tidak akan kekal dalam hidup, ada sesuatu yang perlu ditukar untuk hidup lebih bahagia,” katanya kepada Kosmo! Online pada sesi temubual secara maya baru-baru ini.

Emma turut menyentuh isu produksi tempatan terlalu mengagung-agungkan pensohor media sosial demi melariskan projek drama mereka. Katanya, itu tidak sepatutnya berlaku.

“Saya bukan instafamous dan saya tidak ada 1juta followers dalam Instagram dan itu bukan apa yang saya mahu.

“Banyak produksi sekarang memilih individu yang popular dalam media sosial atau internet dan sekali gus membelakangkan soal atau nilai minat dan bakat.

“Kalau tanya saya, saya taknak benda itu dan tidak bersetuju dengan budaya itu. Saya taknak orang kenal saya sebab media sosial, saya nak mereka kenal disebabkan bakat lakonan,” katanya lagi.

Mengulas tentang watak Esra yang membuatkan penonton sakit hati dengan kebiadabannya terhadap orang tuanya, jawab Emma: “Banyak cacian dan makian yang saya terima disebabkan watak Esra. Tapi, saya lihat semua itu dari aspek positif. Bermakna, watak yang saya jayakan meninggalkan bekas dalam hati penonton.”

I-Tanggang kini  ditayangkan setiap hari Isnin, pukul 9 malam menerusi Astro Citra (saluran 108). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI