fbpx

Pemilik kejam, ‘jemur’ anjing belakang rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video yang memaparkan seekor anjing dibiarkan kesejukan dalam hujan dan dipercayai dirantai.

PETALING JAYA – Pengguna laman sosial mengecam tindakan seorang pemilik anjing yang ‘mendera’ haiwan itu apabila dibiarkan kesejukan dalam hujan dengan leher berantai yang diikat pada pagar.

Berdasarkan klip video berdurasi 51 saat yang dikongsi Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia) di laman Facebooknya, kelihatan seekor anjing berwarna putih dibiarkan di belakang kawasan rumah dalam keadaan hujan.

Lebih menyayat hati kata Animal Malaysia, haiwan tersebut dipercayai ‘didera’ dalam keadaan begitu sejak hampir setahun lalu serta tidak mendapat kasih sayang sebagai haiwan peliharaan.

Jelas Animal Malaysia, haiwan tersebut dibiarkan tanpa tempat berteduh, berkurung dalam pagar di belakang dapur dalam keadaan hujan dan panas setiap hari.

“Berdasarkan laporan pengadu yang mengirimkan gambar yang memperlihatkan bagaimana kehidupan anjing peliharaan ini setiap hari. Ia amat menyedihkan dan cukup membayangkan anjing menjalani hari-hari dalam tekanan.

“Aduan diterima telah dipanjangkan kepada pihak berkuasa haiwan di Melaka sesuai kejadian berlaku di Taman Muzaffar Heights untuk tindakan segera menyelamatkan nyawa anjing,” kata Animal Malaysia di laman Facebooknya semalam.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna mengecam tindakan pemilik haiwan tersebut dan mahu pihak berkuasa menyiasat serta mengambil tindakan tegas terhadap individu yang mendera anjing terbabit.

“Masih ramai lagi yang bersifat buta hati terhadap kehidupan haiwan yang ada disekeliling. Hati orang yang sedemikian berpuluh kali ganda hitamnya dari warna sebenar arang yang hitam,” tulis Madi Muin.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Rosy Pink.

“Tolong la cepat ambil tindakan terhadap pemilik dan selamatkan anjing itu, kesian anjing tu,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI