fbpx

APMM rampas 60 bubu naga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APMM menarik bubu naga yang ditemui berhampiran Kuala Sanglang, Perlis.

Oleh NUR NAZLINA NADZARI

KANGAR – Maritim Malaysia (APMM) merampas sebanyak 60 unit bubu naga bernilai RM7,200 di lima lokasi pada jarak 0.1 hingga 1.4 batu nautika barat Kuala Sanglang dekat sini kelmarin.

Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd. Shafie Paing berkata, rampasan dalam Op Benteng Laut itu dilakukan di antara pukul 4 petang hingga 7.20 malam.

Kata beliau, anggota yang membuat rondaan mengesan pancang kayu dan pelampung berwarna putih yang mencurigakan pada permukaan air.

“Tinjauan lebih dekat mendapati, pancang kayu dan pelampung putih itu menjadi penanda lokasi bubu naga yang dipasang oleh individu atau kumpulan tidak bertanggungjawab.

“Kesemua bubu naga yang dirampas bernilai RM 7,200 dengan anggaran nilai RM120 seunit,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, penggunaan bubu naga mengakibatkan anak ikan dan udang turut terperangkap di dalam jaring, seterusnya menyebabkan hasil laut semakin berkurangan.

“Pemilik bubu naga boleh didakwa di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan dengan menggunakan kaedah yang tidak dibenarkan,” ujarnya.

Kesemua bubu naga itu dibawa ke jeti Zon Maritim Kuala Perlis dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI