fbpx

Boleh jumpa bomoh, tapi selidik dulu – Mufti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keratan muka depan Kosmo! semalam.

KOTA BHARU – Orang ramai terutamanya wanita disaran supaya mendapatkan maklumat daripada masyarakat setempat sebelum mendapatkan perkhidmatan pakar perubatan tradisional.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, tindakan itu merupakan pencegahan awal bagi mengelakkan berlakunya perkara tidak diingini termasuk jenayah semasa proses rawatan dijalankan.

Beliau tidak menafikan aurat terutamanya wanita terpaksa dibuka semasa proses rawatan, namun itu bukan tiket untuk membuka batasan apabila berubat dengan bomoh.

“Paling penting kaedah berubat tidak langgar syariat Islam. Apabila wanita berubat di dalam bilik dengan bomoh, sebaik-baik­nya perlu ada bersama mereka adalah suami atau ibu bapa.

“Orang ramai sepatutnya tidak mudah tertipu dengan pelbagai pendekatan perubatan yang menggunakan agama bagi mengaburi kehendak nafsu mereka,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Berita berkaitan: Bomoh ‘Ayah Su’ ratah bakal pengantin

Kosmo! semalam melaporkan hasrat seorang bakal pengantin perempuan untuk membuat ra­watan gangguan makhluk halus berakhir mimpi ngeri selepas menjadi mangsa rogol seorang bomoh di Kampung Tendong di sini pada Khamis lalu.

Kejadian me­nimpa mang­sa berusia 23 tahun itu berlaku semasa dia bersama ibu dan bakal suaminya datang ke sebuah rumah suspek dikenali sebagai Ayah Su pada pukul 3 petang.

Mangsa dikatakan mahu mendapatkan rawatan daripada lelaki yang mengaku sebagai bomoh itu selepas kerap mengalami mimpi menakutkan dipercayai akibat gangguan makhluk halus.

Tambah Mohamad Shukri, perbuatan suspek melakukan perkara terkutuk boleh mencemarkan nama pengamal perubatan Islam lain di negeri ini.

“Sebagai pengamal perubatan, suspek harus sedar dia tidak boleh berada di tempat yang menimbulkan curiga.

“Tak salah berubat secara tradisional kerana ia merupakan satu ikhtiar sama seperti berjumpa doktor dalam perubatan moden,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI