fbpx

FLM 2021 beri peluang bersemuka secara maya dengan bank

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FLM 2021 membantu menambah baik dan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai perancangan kewangan. – Gambar hiasan

PETALING JAYA – Khidmat Nasihat Kewangan Secara Maya di bawah program Bulan Literasi Kewangan 2021 (FLM 2021) adalah antara aktiviti menarik yang bakal menjadi tumpuan orang ramai untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai masalah kewangan yang dihadapi.

Sesi khidmat nasihat yang akan diadakan 29 Oktober ini bakal menyediakan satu platform maya kepada mana-mana individu untuk mengadakan pertemuan maya secara bersemuka dengan bank masing-masing.

“Ia juga bertujuan untuk membantu mereka berbincang mengenai pilihan bantuan bayaran balik pinjaman serta mendapatkan khidmat nasihat kewangan dalam persekitaran yang selamat dan terjamin,” katanya dalam kenyataan.

FLM2021 yang sedang berlangsung selama sebulan sehingga 31 Oktober ini padat dengan pelbagai program bersesuaian untuk peringkat umur dari kanak-kanak hingga golongan dewasa serta untuk kumpulan perusahaan mikro, kecil dan sederhana.

Program yang bertemakan ‘Tentukan Hala Tuju Kewangan Anda, Jaga Diri dan Bertindak dengan Bijak’ itu memberi peluang orang ramai menyertai sesi webinar, peraduan dan juga r­uangan maklumat maya.

Mengulas mengenai program tersebut, Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Nor Shamsiah Mohd. Yunos berkata, kesan Covid-19 menunjukkan kepen­tingan celik kewangan sebagai salah satu kemahiran hidup yang utama untuk meningkatkan ke­sejahteraan hidup rakyat dan mempersiapkan mereka meng­hadapi situasi yang tidak di­jangka.

“Oleh yang demikian, usaha memberikan keyakinan kepada masyarakat agar mereka dapat membuat keputusan kewangan yang baik adalah sangat penting.

“Keyakinan ini dapat membantu mereka menentukan hala tuju kewangan pada masa yang mencabar ini,” katanya dalam kenyataan.

Selain itu, Jaringan Pendidikan Kewangan dan rakan strategiknya turut menganjurkan pa­meran maya yang akan membantu masyarakat mengakses maklumat dan berbual mengenai bantuan khidmat nasihat me­ngenai pengurusan kewangan, e-pembayaran, insu­rans dan takaful, pelaburan, pe­nipuan dan perancangan persaraan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI