fbpx

Barca bangkit benam Valencia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FATI (kiri) meledak gol penyamaan ketika Barcelona berjaya menundukkan Valencia 3-1 pada aksi awal pagi semalam. – AFP

BARCELONA – Ketua jurulatih Barcelona, Ronald Koeman memuji reaksi para pemainnya yang bangkit daripada ketinggalan gol awal untuk menewaskan Valencia 3-1 dalam aksi La Liga di Camp Nou awal pagi semalam.

Pengendali dari Belanda berusia 58 tahun itu menganggap Ansu Fati iaitu bintang baharu No.10 pasukannya adalah kunci kemenangan The Catalans dalam aksi tersebut.

“Sudah banyak kali saya beritahu anda bahawa kami kekurangan pemain seperti Ansu (Fati) yang mempunyai kepantasan dan naluri yang tajam untuk menjaringkan gol.

“Saya tidak mahu mengeluarkan dia tetapi terpaksa mengambil langkah berhati-hati agar dia tidak mengalami kecederaan lebih serius.

“Anda sendiri dapat melihat bagaimana impak yang dihasilkan dan saya percaya ini ha­nyalah permulaan buat dirinya,” kata Koeman.

Valencia terlebih dahulu membuka tirai jaringan melalui Jose Gaya seawal minit kelima sebelum Fati menyamakan kedudukan buat Barcelona pada minit ke-13.

Dua lagi gol The Catalans dalam aksi itu diperoleh menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Memphis Depay pada minit ke-41 dan ja­ringan lewat permainan daripada Philippe Coutinho.

Aksi itu juga menyaksikan bekas penyerang prolifik Manchester City, Sergio Aguero membuat debut bersama Barcelona apabila masuk menggantikan Sergino Dest pada minit ke-87. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI