fbpx

Sushmita Sen larang teman lelaki hadiahkan berlian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUSHMITA SEN

WANITA mana yang tidak sukakan berlian, namun tidak buat si jelitawan Sushmita Sen. Katanya, dia enggan dan langsung tidak membenarkan teman lelakinya, Rohman Shawl membelikannya berlian sebagai hadiah.

Menerusi satu temu bual bersama Zoom TV baru-baru ini, bekas Miss Universe 1994 itu mengakui dia melarang teman lelaki atau rakan-rakan membelikan hadiah berupa berlian kepadanya kerana berasa kurang selesa jika diberi hadiah sebegitu.

“Hadiah berupa berlian tidak akan membuatkan saya berasa gembira walaupun saya seorang wanita.

“Jangan ‘beli’ hati saya dengan hadiah sebegitu,” jelasnya.

Ujar Sushmita lagi, dia lebih mementingkan keikhlasan berbanding diberikan hadiah yang mahal oleh teman lelaki atau rakan-rakannya.

“Saya boleh membeli sendiri berlian yang saya suka. Tapi saya lebih gembira jika anda memberikan sesuatu hadiah yang lebih ikhlas daripada hati,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI