fbpx

Indonesia julang Piala Thomas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
INDONESIA berjaya menjulang kejuaraan Piala Thomas selepas menundukkan China pada aksi final awal pagi semalam. – AFP

AARHUS, Denmark – Penantian pasukan badminton selama dua dekad untuk merangkul Piala Thomas akhirnya terlerai selepas berjaya mengatasi juara bertahan China, 3-0 pada aksi final di Ceres Arena awal pagi semalam.

Kejayaan itu memastikan Indonesia merampas semula trofi kemenangan itu dari China selepas kali terakhir mereka muncul juara Piala Thomas pada 2002 di Guangzhou, China.

Kini, Indonesia muncul pasukan paling berjaya dalam sejarah kejohanan itu apabila merangkul gelaran sebanyak 14 kali, manakala China memenanginya seba­nyak 10 kali.

Pada perlawanan itu, pemain perseorangan nombor lima dunia, Anthony Sinisuka Ginting memberi semangat kepada rakan sepasukannya selepas berjaya mengutip mata pertama Indonesia selepas menyingkirkan pemain nombor 27 dunia, Lu Guang Zu 18-21, 21-14, 21-16 dalam pertarungan selama 76 minit.

“Saya akui pada set pertama sedikit gementar dan Guang Zu tampil lebih agresif. Tetapi, saya berjaya mengawal tekanan itu pada set kedua dan ketiga.

“Sebelum ini saya pernah berdepan Guang Zu sebanyak dua kali tetapi kali ini paling sukar,” kata Anthony.

Indonesia melakukan taktikal mengejut apabila menurunkan beregu ketiganya, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto pada perlawanan kedua meskipun ketika itu mereka mempunyai beregu No.1 dunia, Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo dan beregu No.2 dunia, Hendra Setiawan-Mohammad Ahsan.

Tidak dinafikan, beregu No.7 dunia tersebut melakukan kejutan apabila berjaya menumbangkan gandingan China, He Ji Ting-Zhou Hao Dong dengan kemenangan 21-12, 21-19 untuk menyumbang mata kedua buat Indonesia.

Momentum cemerlang itu diteruskan, apabila Indonesia mengesahkan kejuaraan Piala Thomas selepas pemain No.7 dunia, Jonatan Christie mengatasi pemain No.65 dunia, Le Shi Feng 21-14, 18-21, 21-14. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI