fbpx

Malaysia-Indonesia sedia iktiraf sijil vaksinasi, rentas negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Malaysia bersedia mengadakan perbincangan di peringkat dasar dan teknikal dengan Indonesia bagi memuktamadkan kerjasama pengiktirafan sijil vaksinasi Covid-19.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, kerjasama itu bakal memudahkan perjalanan merentas sempadan serta memastikan kawalan kesihatan awam antara kedua-dua negara.

“Justeru, Malaysia menyambut baik cadangan bagi dua negara membuat pengiktirafan bersama sijil vaksinasi wabak Covid-19,” katanya pada sidang akhbar bersama di Jakarta, Indonesia hari ini.

Beliau yang dalam lawatan rasmi ke negara berkenaan terdahulu bertemu Menteri Luarnya, Retno Marsudi di Gedung Pancasila yang menempatkan Kementerian Luar Indonesia..

Sebagai rekod, beliau pernah melawat Indonesia pada 2019 ketika di bawah kerajaan terdahulu dan ini merupakan lawatan julung kali setelah dilantik semula sebagai menteri akhir Ogos lalu.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, setelah dimuktamadkan, aplikasi pemantauan Covid-19 negara masing-masing iaitu MySejahtera dan PeduliLindungi akan diperakui kesahihannya bagi membolehkan pelaksanaan cadangan gelembung perjalanan menerusi inisiatif Laluan Hijau Bersalingan dan sebagainya untuk rakyat dua negara ini keluar masuk.

Buat masa ini ujarnya, keutamaan itu boleh diberikan kepada perjalanan atas tujuan rasmi dan perniagaan sebelum mula dibuka beransur-ansur seperti pendidikan, pelancongan dan sosial.

Menyentuh kerjasama ekonomi, Malaysia komited menggiatkan usaha untuk merangsang semula aktiviti perdagangan dan pelaburan yang terkesan lama akibat pandemik Covid-19. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI