fbpx

Tular pengantin perempuan patahkan besi di majlis persandingan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengantin perempuan mematahkan sebatang besi panjang semasa hari persandingannya. - Instagram

JAKARTA – Aksi seorang pengantin perempuan yang mematahkan besi semasa majlis persandingannya menjadi tular di media sosial, lapor laman Suara.com semalam.

Dalam satu video yang dimuat naik akaun Instagram @bucinstory.wa, seorang pengantin perempuan yang sedang berdiri di sebelah suaminya kemudian mematahkan sebatang besi pendek berwarna hijau.

Aksinya itu kemudian mendapat tepukan daripada tetamu yang hadir.

Sebab dia berbuat begitu bagaimanapun tidak dapat dipastikan.

Video tersebut sehingga kini sudah ditonton lebih 42,000 kali dengan netizen meninggalkan pelbagai komen.

“Apa faedahnya berbuat begitu ya?” tanya seorang netizen.

“Mertua dan iparnya pasti sayangkan wanita ini, tidak berani buat perkara bukan-bukan,” demikian kata seorang netizen lain. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI