fbpx

[VIDEO] Polis siasat anggota tendang motosikal lari sekatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan seorang anggota polis dipercayai menendang seorang penunggang motosikal.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan berhubung tindakan anggota trafik yang dipercayai menendang seorang penunggang motosikal dalam satu kejadian di Jalan Temple, Sibu, Sarawak hari ini.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata, berdasarkan klip video yang tular di media sosial itu menunjukkan anggota tersebut tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan apabila menunggunakan kaki untuk menahan penunggang motosikal tersebut.

“Saya sudah minta polis Sarawak menjalankan siasatan dan mengambil tindakan tatatertib ke atas anggota polis terbabit,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Terdahulu, tular satu klip video berdurasi 10 saat menunjukkan seorang penunggang motosikal jatuh selepas ditendang anggota polis trafik dalam satu operasi sekatan jalan di Jalan Temple di Sibu.

Berdasarkan klip video itu, anggota trafik terbabit dilihat menendang penunggang motosikal yang cuba membuat pusingan U bagi melarikan diri daripada sekatan polis.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI