fbpx

Pemandu van kes kanak-kanak autisme sambung reman hingga esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Said

SEREMBAN – Seorang pemandu van yang terlibat dalam kes kematian seorang kanak-kanak autisme, Nur Kasrena Darwisyah Mohd. Khairul, 8, yang ditemui maut selepas ditinggalkan dalam kenderaan tersebut disambung reman sehari lagi sehingga esok.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim berkata, sebelum ini lelaki berusia 34 tahun itu direman tujuh hari sehingga hari ini bagi membantu siasatan.

“Sambung (reman) hingga esok (kes pemndu van kanak-kanak autisme,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Pada 12 Oktober lalu, pihak polis telah menahan pemandu van susulan laporan polis berhubung kematian kanak-kanak autisme, Nus Kasrena Darwisyah berusia lapan tahun yang maut selepas ditinggalkan selama tiga jam tanpa sengaja oleh suspek di hadapan rumahnya di Taman Nusari Bayu 2, Bandar Sri Sendayan di sini.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI