fbpx

Kerajaan berusaha kurangkan import hasil pertanian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Zawawi (dua dari kiri) beramah mesra dengan penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2020 Kada di Ibu Pejabat Kada, Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Kerajaan berhasrat untuk mengurangkan kadar peratusan barangan import terutamanya hasil pertanian dalam usaha untuk mengelakkan kebergantungan negara terhadap produk luar.

Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Makanan II, Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, peratusan import negara untuk makanan asas termasuk padi dianggarkan sebanyak 30 peratus manakala hanya 20 peratus hasil negara dieksport ke luar.

“Kerajaan berusaha meningkatkan hasil eksport berbanding import. Kita mahu meningkatkan peratusan eksport memandangkan ia akan memberi pulangan besar buat negara.

“Kita perlu bersedia ke arah itu dan berharap rakyat juga perlu terima sistem baharu atau segala perancangan kerajaan supaya langkah itu dapat dilaksanakan dengan segera,” katanya selepas merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2020 Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) di pekarangan Ibu Pejabat Kada, Lundang di sini hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI