fbpx

Tiada pertukaran penjawat awam tangani rasuah di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin

KUALA SELANGOR – Tiada pertukaran penjawat awam di Selangor bagi membendung gejala rasuah yang semakin berleluasa melibatkan kakitangan pelbagai agensi.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, tindakan pertukaran itu tidak wajar dilaksanakan untuk mengekang penularan rasuah.

“Saya percaya hanya segelintir yang terlibat dan kita tidak boleh menghukum mereka yang belum didapati bersalah.

“Gejala ini sememangnya wajar dibimbangi, namun pertukaran penjawat awam bukan jawapannya memandangkan ia melibatkan kegiatan jenayah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan penjenamaan semula Kolej Antarabangsa INPENS di sini hari ini.

Kosmo! hari ini melaporkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa bimbang terhadap peningkatan kes-kes gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh segelintir pegawai dan kakitangan jabatan-jabatan penguatkuasaan kerajaan khususnya di negeri ini.

Sehubungan itu, baginda menyeru dan menasihatkan pegawai dan penguat kuasa di semua majlis-majlis kerajaan tempatan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan semua jabatan kerajaan lain agar tidak melibatkan atau mendekatkan diri dengan segala perbuatan rasuah.

Amirudin menjelaskan, pihaknya telah bekerjasama dengan agensi penguat kuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri bagi menangani masalah rasuah.

“Ini termasuk program memeterai Ikrar Bebas Rasuah (IBR) supaya penjawat awam negeri bebas rasuah,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI