PETALING JAYA – Beberapa daerah di lima buah negeri termasuk Sabah dan Sarawak dijangka akan mengalami ribut petir petang ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melalui kenyataan di Facebook rasmi sebentar tadi memaklumkan, lima negeri tersebut adalah Pahang, Negeri Sembilan, Melaka serta Sabah dan Sarawak.
Antara daerah yang dijangka akan mengalami ribut petir adalah; Pahang (Bera dan Rompin), Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah,Rembau, Jempol dan Tampin) manakala di seluruh Melaka.
Sementara di Sabah termasuk daerah Sipitang, Beaufort, Tawau, Kudat dan bahagian Barat Sabah manakala di Sarawak (Sarikei, Sibu, Miri dan Limbang). -K! ONLINE.