fbpx

SPR cadang waktu mengundi pada PRN Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI dan AMRAN MULUP

MELAKA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memperkenalkan cadangan masa pengundian pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bagi mengelakkan kesesakan di pusat-pusat mengundi.

Pengerusinya, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, masa pengundian itu akan dipaparkan menerusi sistem aplikasi SPR sama seperti MySejahtera.

Kata beliau, pengundi disarankan memilih masa yang sesuai untuk membuang undi dan tidak berpusu-pusu ke pusat pengundian pada waktu pagi.

“Waktu pengundian agak panjang bermula pukul 8 pagi hingga 5.30 petang. Kalau boleh waktu pagi untuk warga emas manakala pengundi muda pada sebelah petang.

“Selain itu, prosedur operasi standard (SOP) seperti pemakaian pelitup muka, vaksinasi dan penjarakan sosial di pusat mengundi memang ketat dan tiada sebarang tolak ansur,” katanya pada sidang akhbar di Hotel Doubletree By Hilton, Banda Hilir, di sini hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI