fbpx

Ibu bapa tidak perlu bimbang hantar anak ke sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Alamin (kanan) beramah mesra dengan murid prasekolah ketika lawatan kerja ke Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 di sini, hari ini. - FOTO: FARIZ RUSADIO

BANGI – Kementerian Pendidikan (KPM) menyeru ibu bapa untuk menghantar anak-anak ke sekolah tanpa perlu berasa bimbang atau khuatir.

Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Mohamad Alamin berkata, pihak sekolah kini sudah bersedia sepenuhnya untuk menerima kemasukan pelajar.

“Pihak sekolah kini sudah bersedia untuk menerima kembali pelajar-pelajar.

“Ibu bapa tidak perlu risau atau khuatir, pihak kementerian dan sekolah sudah menyediakan segala persiapan untuk keselamatan para pelajar,” katanya kepada pemberita selepas sesi beramah mesra dengan murid prasekolah ketika lawatan kerja ke Sekolah Kebangsaan (SK) Seksyen 7 di sini, hari ini.

Jelasnya, pihak kementerian akan sentiasa memastikan semua sekolah untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sepanjang pengoperasian sekolah.

“Ibu bapa tidak perlu bimbang, mereka perlu yakin untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah kerana pihak kementerian dan juga sekolah amat mementingkan soal keselamatan dan kesihatan para pelajar,” ujarnya.

Sementara itu, beliau berkata, kadar vaksinasi pelajar berusia 12-17 tahun di tahap memberansangkan di mana sebanyak 86.9 peratus remaja sudah menerima sekurang-kurangnya dos pertama vaksinasi sehingga semalam.

“Mereka sedar bahawa kepentingan untuk mengambil vaksinasi bagi membolehkan mereka hadir ke sekolah.

“Alhamdulillah, kerjasama yang kami terima setakat ini juga sangat bagus, jumlah ini akan meningkat dari hari ke hari,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI