PETALING JAYA – Sebanyak 93.8 peratus atau 21,960,911 individu dewasa negara ini telah lengkap menerima dua dos vaksin setakat semalam.
Berdasarkan data yang dikongsikan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), sebanyak 97.2 peratus atau lebih 22,745,310 juta individu dewasa pula sudah menerima suntikan pertama.
Setakat semalam juga, sejumlah 134,180 dos suntikan harian telah diberikan di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, Sarawak mencatatkan pemberian dos kedua tertinggi dengan 19,591 diikuti, Johor (18,242), Kelantan (13,471) Kedah (11,241), Sabah (11,233) dan Pulau Pinang (8,821).
Peringatan buat orang ramai yang ingin pulang ke kampung sila lakukan ujian kendiri Rapid Test Kit-Antigen (RTK-Ag) bagi memastikan anda bebas daripada Covid-19 supaya penularan wabak ini tidak berlaku lagi. – K! ONLINE.