GEORGE TOWN – Kerajaan negeri membatalkan Majlis Sambutan Hari Kebangsaan ke-63 peringkat Pulau Pinang berikutan situasi semasa pandemik Covid-19 ketika ini.
Yang Dipertua, Dewan Undangan Negeri, Datuk Law Choo Kiang berkata, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang bersidang pada 19 Ogos lalu telah membuat ketetapan tersebut.
“Sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Pulau Pinang yang dijadualkan pada 31 Ogos ini dibatalkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE