fbpx

Daniel Craig anggap kelab malam gay menenangkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DANIEL CRAIG

BINTANG filem James Bond, Daniel Craig mengakui bahawa dia gemar berkunjung ke kelab malam gay berbanding pergi ke kelab malam biasa yang dibanjiri ramai gadis jelita dan seksi.

Ujar pelakon berusia 53 tahun itu, dia mempunyai alasan tertentu memilih bersantai di kelab malam yang dipenuhi lelaki homoseksual. Akuinya, dia berasa lebih tenang berbanding mengunjungi kelab malam biasa.

“Saya pergi ke kelab malam gay untuk mengelak terjadi pergaduhan sesama lelaki. Sebab kalau saya mabuk, selalunya saya sukar mengawal emosi dan akan bergaduh dengan pengunjung lain.

“Tetapi perkara itu (bergaduh) tidak terjadi jika saya mengunjungi kelab malam gay,” ujarnya.

Selain itu, Craig juga memberitahu, kelab malam gay juga merupakan tempat yang aman untuk dia bersantai dan menenangkan fikiran.

Bagaimanapun, pelakon itu menegaskan dia bukanlah seorang homoseksual kerana mengunjungi kelab malam gay kerana telah berkahwin dengan aktres Rachel Weisz dan memiliki dua orang cahaya mata perempuan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI