fbpx

Rejim diet JooE, ‘keras’, menakutkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOOE

SETIAP orang memiliki cara berbeza untuk mendapatkan berat badan ideal dan menarik. Begitu juga dengan penyanyi kumpulan Momoland, JooE.

Ketika muncul dalam program Ssulvival, JooE menjelaskan bagaimana caranya dia berjaya menurunkan berat badan dengan banyak baru-baru ini.

“Saya nak makan semalam, tetapi tahan diri. Sekarang apabila sudah jadi tamak (mahu makan banyak), jadi saya berdiet,” katanya.

Menjelaskan rejim diet yang diamalkannya, penyanyi itu berkata, dia hanya makan beberapa menu tertentu setiap hari.

“Saya makan dua batang timun, 400 gram dada ayam dan 200 gram daging. Selain itu, saya juga makan sebiji buah epal atau dipotong dua dalam sehari,” kongsinya lagi.

Biarpun begitu, perkongsian tersebut menerima pelbagai respons daripada netizen yang sesetengahnya menyifatkan cara JooE agak ‘keras’ kerana badannya kini kelihatan sangat kurus.

Pun begitu, tidak kurang juga yang menyokong penyanyi itu kerana dalam menu dietnya, JooE tetap mengambil makanan yang mempunyai protein.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI