fbpx

Haaland meletup bersama Dortmund

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAALAND (tengah) meledak dua gol ketika membantu Dortmund menewaskan Mainz 3-1 kelmarin. – AFP

BERLIN – Bintang sensasi Borussia Dortmund, Erling Haaland tidak mengambil masa yang lama apabila meledak dua gol ketika membantu pasukan itu meraih kemenangan 3-1 ke atas Mainz selepas pulih daripada kecederaan.

Haaland terlepas empat aksi sebelum ini ekoran kecederaan paha, namun dia kembali me­nemui sentuhan gol untuk membantu Dortmund meraih tiga mata penuh sekali gus bersaing dalam kelompok teratas Bundesliga ketika ini.

Jurulatih Dortmund, Marco Rose mengakui bahawa Haaland adalah watak penting buat pasukannya dan sentiasa memberikan aura berbeza apabila berada di dalam padang.

“Saya tidak berfikir terlalu lama untuk menyenaraikannya selepas pasukan perubatan mengesahkan dia sudah pulih. Dia juga sangat teruja untuk turun beraksi dan seperti biasa, dia sentiasa berikan segala-galanya di padang,” katanya.

Nada yang sama turut dikongsikan oleh ketua pasukan, Marco Reus yang menganggap Haaland adalah aset penting Dortmund.

“Kami sangat merindukannya ketika dia terpaksa berehat akibat kecederaan. Dia kembali dan memberikan dua gol buat pasukan ini. Kemampuan yang dimiliki itulah menyebabkan kelab ini pergi mendapatkannya,” jelas Reus.

Reus membuka tirai jari­ngan seawal minit ketiga sebelum Haaland meledak dua gol pada minit ke-54 menerusi sepakan penalti serta satu lagi gol pada penghujung perlawanan, manakala Mainz meraih gol saguhati menerusi Jonathan ­Burkardt.

Gol jaringan Reus itu me­nyaksikan dia mengumpul 14 gol sepanjang 20 aksi bertemu Mainz dalam kariernya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI