fbpx

Sistem solar jimatkan bil elektrik Kompleks Dermaga Tanjung Lembung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Takiyuddin Hassan

LANGKAWI – Pemasangan sistem solar di bangunan milik Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) iaitu Kompleks Dermaga Tanjung Lembung di sini dapat memberikan penjimatan bil elektrik antara RM87,000 hingga RM244,000 setahun.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pemasangan sistem solar tersebut akan dilakukan oleh anak syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB), GSPARX Sdn. Bhd.

“Selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan campuran Tenaga Boleh Baharu (TBB) dalam campuran pembekalan elektrik negara, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) mengadakan usaha sama strategik dengan LADA serta TNB menerusi pelaksanaan inisiatif solar di kompleks ini.

“Sistem solar PV berkapasiti 363 kWp (kilowatt puncak) akan dipasang di kompleks ini dengan memberikan potensi penjimatan bil antara RM87,000 hingga RM244,000 setahun bagi tahun pertama bergantung kepada kaedah pembiayaan yang dipersetujui,” katanya pada sidang akhbar selepas menyaksikan Majlis Penyerahan Surat Niat Pelaksanaan Inisiatif Solar di Dermaga Tanjung Lembung di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI