fbpx

Kastam rampas rokok, minuman keras seludup bernilai RM1.86 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOHARI (tengah) meneliti rokok dan minuman keras seludup dalam sidang media di Butterworth di sini hari ini.

Oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN

SEBERANG PERAI – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang menggagalkan cubaan penyeludupan rokok dan minuman keras bernilai RM1.86 juta dalam serbuan di Pelabuhan Klang, Selangor pada 15 Ogos lalu.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Datuk Johari Alfiah berkata, pihaknya menahan empat buah kontena di pelabuhan terbabit kira-kira pukul 10 pagi.

Katanya, hasil pemeriksaan terhadap dua buah kontena itu menemui 124,944 tin minuman keras, manakala dua lagi kontena berisi 20,350,000 batang rokok.

“Anggaran nilai kedua-dua barang rampasan itu bernilai RM1,868,796.80 serta serta jumlah anggaran amaun duti kastam pula sebanyak RM14,620,856.60.

“Siasatan awal mendapati, keempat-empat kontena terbabit dikendalikan dua syarikat perkapalan berbeza yang mempunyai cawangan di Pelabuhan Klang.

“Bagaimanapun, keempat-empat kontena itu diimport oleh sebuah syarikat berstatus sendirian berhad yang sama di Selangor,” katanya kepada pemberita di Stor Penguatkuasaan Bagan Jermal, Butterworth di sini hari ini.

Menurutnya, seorang lelaki warga tempatan berusia 28 tahun yang mewakili syarikat terbabit turut direman selama lima hari bagi membantu siasatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI