fbpx

Tiga dikhuatiri sesat di Bukit Sungai Batu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

MANJUNG – Tiga termasuk dua wanita dikhuatiri sesat semasa melakukan aktiviti rentas hutan di Bukit Sungai Batu dekat Pantai Remis di sini hari ini.

Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada pukul 2.42 petang.

Menurut jurucakap tersebut, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai Remis telah dikerah untuk melakukan penjejakan bagi mengesan lokasi mangsa-mangsa.

“Pada masa ini, kerja-kerja menjejak mereka sedang dijalankan diketuai PBK II Amir Hamid,” ujar jurucakap tersebut dalam satu kenyataan.

Lokasi Bukit Sungai Batu popular dalam kalangan penggemar aktiviti riadah di samping terdapat banyak laluan trek untuk sampai ke puncak yang mengambil masa 40 minit untuk naik dan turun bagi laluan mudah.

Laluan paling jauh pula memakan masa antara tiga hingga empat jam. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI