fbpx

Dron JAS kesan pembakaran terbuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA penguat kuasa JAS Selangor memantau lokasi pembakaran terbuka itu semalam.

KLANG – Jabatan Alam Sekitar (JAS) berjaya mengesan pembakaran terbuka dilakukan di sebuah tapak pelupusan sampah haram di Kampung Johan Setia berdekatan  Lebuh Raya Shah Alam (KESAS) di sini, semalam.

Kejadian itu dikesan pukul 2 petang menerusi dron yang yang melakukan rondaan pencemaran di kawasan Revolusi Hijau Johan Setia.

Pengarah JAS Selangor, Nor Aziah Jaafar berkata, hasil pemantauan lanjut mendapati satu kebakaran berlaku di sekitar kampung berkenaan.

LOKASI pembakaran terbuka yang dikesan JAS Selangor.

Katanya, pembakaran terbuka itu melibatkan sebuah tapak pelupusan sampah haram.

“Siasatan mendapati tanah yang terbakar adalah tanah gambut yang sedang ditambak dengan menggunakan sampah industri dan domestik.

“Selain itu, terdapat sisa seperti binaan kayu dan kertas yang dipercayai turut menjadi punca pembakaran tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI