fbpx

Makanan Falafel RM100 untuk 15 orang mewah ke? – Nadir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang didakwa Nadir bersama kumpulannya makan mewah di sebuah kedai makan ditepi laut.

PETALING JAYA – Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman hari ini menjawab tuduhan netizen yang mendakwa dia menyalah gunakan dana yang diderma orang ramai seperti yang tular di laman Facebook.

Menerusi satu hantaran balas di ruangan komen di Facebook, Muhammad Nadir Al-Nuri berkata, dia tidak menggunakan wang sumbangan orang ramai untuk rakyat Palestin bagi sarapan bersama ahli kumpulan Cinta Gaza Malaysia.

Katanya, makanan jenis falafel yang dimakannya seperti yang tular di laman sosial hanyalah berharga RM100 untuk 15 orang makan.

“Ni part mana pula makan mewah ni? Makan falafel dalam RM100 untuk 15 orang makan mewah ke?

“Kalau nak sumbang, sumbanglah. Saya memang peminta sedekah tapi Alhamdulillah bukan untuk diri saya,” balasnya kepada seorang netizen di laman Facebook.

Tangkap layar dakwaan netizen.

Tambah Muhammad Nadir Al-Nuri, dia meminta netizen yang mengecamnya supaya selidik dahulu cerita sebenar sebelum menyebarkan sebarang berita.

“Tahu cerita ke ni? Kalau dah tanya niat tak baik dapatlah jawapan tak baik. Akhlak baik tu semua orang Islam dituntut bukan satu pihak saja.

“Bukan saya sorang ada malaikat catat dosa pahala,” katanya.

Terdahulu, tular tangkap layar komen beberapa orang netizen di laman Facebook yang mempersoalkan tindakan Muhammad Nadir Al-Nuri dan kumpulannya Cinta Gaza Malaysia bersarapan di sebuah kedai makan yang didakwa makan menu mewah.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI