fbpx

Kastam rampas alat ganti kenderaan, arak RM2.6 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sazali Mohamad (tiga dari kanan ) menunjukkan rampasan alat ganti kenderaan dan minuman keras seludup pada sidang akhbar di Menara Kastam Johor Bahru, Johor hari ini. - Foto : RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor berjaya merampas alat ganti kenderaan dan minuman keras bernilai RM2.6 juta yang cuba diseludup masuk ke negara ini dalam dua operasi berasingan masing-masing pada 30 September dan 8 Oktober lalu.

Pengarah JKDM Johor, Sazali Mohamad berkata, pihaknya telah mengesan cubaan seludup itu di sempadan Malaysia-Singapura namun tangkapan telah dibuat setelah sindiket terbabit memasuki negara.

Menurutnya, tindakan itu bagi mengukuhkan lagi pendakwaan terhadap kedua-dua pihak berkenaan.

“Dalam operasi pertama pada 30 September lalu, JKDM Johor telah merampas 9,364 alat ganti kenderaan mewah dengan menahan sebuah lori kontena di Jalan Bertingkat Skudai, Kampung Pasir pada pukul 5.30 petang.

“Pemeriksaan dibuat mendapati pihak berkenaan mengikrar jumlah alat ganti kenderaan yang bernilai lebih rendah untuk mengelak membayar cukai sepatutnya.

“Barangan alat ganti kenderaan yang dirampas sebanyak RM363,340, manakala lori kontena bernilai RM80,000 dengan nilai duti dan cukai terlibat berjumlah RM145,763.25,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di ibu pejabat JKDM Johor, di sini hari ini.

Tambah Sazali, pihaknya turut menahan pemandu lori berkenaan yang merupakan seorang lelaki rakyat tempatan berusia 51 tahun dan kes disiasat mengikut Seksyen 133(1)(a) Akta Kastam 1967.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI