fbpx

Pelancongan Pangkor kembali rancak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nolee Ashilin Mohamed Radzi (kanan) melihat alat pengimbas haba yang ditempatkan di Jeti Penumpang Lumut di bandar Lumut hari ini.

LUMUT – Kadar penginapan hotel dan resort di Pulau Pangkor mencapai kadar 78 peratus dalam tempoh enam hari iaitu sejak kebenaran merentas negeri 11 Oktober lalu sehingga semalam.

Bilangan pengunjung ke pulau peranginan itu dalam tempoh enam hari tersebut mencatatkan 9,888 orang berbanding 12,879 orang sepanjang bulan lalu dan 6,430 orang pada Ogos lalu.

Pulau Pangkor dibuka hanya kepada pelancong dalam negeri Perak pada Ogos dan bulan lalu sebelum dibuka kepada pelancong seluruh negara mulai 11 Oktober lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata, peningkatan itu memberi keyakinan industri pelancongan di negeri ini bakal melonjak selepas ini.

“Kita melihat peningkatan ini sebagai petanda baik walaupun hanya 25 daripada 47 hotel dan resort berdaftar di Pulau Pangkor dibuka setakat ini.

“Selebihnya dijangka dibuka sepenuhnya bulan depan. Ini akan membantu ke arah pemulihan industri pelancongan di pulau itu,” katanya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI