fbpx

Pemandu Honda City maut langgar gajah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengeluarkan mangsa kemalangan selepas kereta dipandunya melanggar gajah dalam kemalangan di Jalan Pinang, Kluang, Johor, malam semalam.

KLUANG – Seorang pemandu Honda City maut selepas keretanya bertembung seekor gajah dalam kemalangan di Jalan Pinang, menghala ke Bukit Tongkat di sini malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.50 malam itu, mangsa yang maut dikenali sebagai Ismail Daud, 37.

Komander Operasi Penolong Kanan Bomba II Abd. Rahim Razali berkata, eksiden itu turut melibatkan tiga lagi penumpang mengalami kecederaan.

Menurutnya, sebuah jentera FRT dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam dengan kekuatan keseluruhan seramai lapan anggota telah dihantar ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian didapati benar berlaku kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta jenis Honda City dan tiga mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam.

“Mereka telah diserahkan kepada pihak ambulans KKM sebelum PKO tiba di lokasi.

“PKO bertindak mengeluarkan seorang mangsa di bahagian tempat duduk pemandu dan mangsa yang dikenali sebagai Ismail Daud, 37, telah disahkan meninggal dunia oleh petugas KKM,” katanya ketika dihubungi hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI