fbpx

100,000 pelancong masuk Langkawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengunjung mula memasuki Langkawi melalui feri yang ditambah perjalanannya bermula semalam.

LANGKAWI – Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) menyasarkan seramai 100,000 pelancong akan mengunjungi pulau peranginan itu sehingga hujung bulan ini.

Ketua Pegawai Eksekutif­nya, Nasaruddin Abdul Muttalib berkata, sebelum ini, pihaknya menyasarkan kemasukan pe­ngunjung seramai 60,000 orang pada bulan ini menerusi projek rintis gelembung pelancongan.

Katanya, sasaran itu meningkat 40,000 orang susulan kebenaran rentas negeri bermula 11 Oktober lalu.

“Semasa gelembung pelancongan, LADA menyasarkan 60,000 orang pengunjung akan ke pulau peranginan ini sepanjang Oktober.

“Tetapi pada 1 Oktober hingga 13 Oktober lalu, jumlah pengunjung direkodkan sebanyak 51,400 orang menjadikan sasaran kemasukan pengunjung pada Oktober sudah hampir tercapai,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Jelasnya, angka itu banyak disumbangkan oleh pengunjung yang menggunakan jalan udara.

Tambahnya, Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL) kini menerima secara purata 25 penerbangan sehari de­ngan jumlah penumpang seba­nyak 2,500 sehari.

“Sasaran baharu kemasukan pelancong adalah berdasarkan jumlah perjalanan feri dari Terminal Feri Kuala Perlis dan Terminal Feri Kuala Kedah yang ditambah bermula hari ini (semalam),” katanya.

Semalam sebanyak tiga perjalanan feri dari Terminal Feri Kuala Perlis dan dua perjalanan dari Terminal Feri Kuala Kedah berbanding satu perjalanan sebelum ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI