fbpx

‘Harry Potter’ jual buku edisi pertama Harry Potter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Potter memegang edisi pertama buku Harry Potter yang diberikan oleh bapanya pada 1997. - Hansons/ SWNS

LONDON – Edisi pertama siri buku fiksyen popular, Harry Potter yang diterbitkan pada 1997 dijual dalam satu acara lelongan pada harga £27,500 (RM157,245) oleh seorang individu bernama Harry Potter, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Potter, 33, menerima buku berjudul Harry Potter And The Philosopher’s Stone itu sebagai hadiah daripada mendiang bapanya selepas ia dilancarkan pada 1997.

Buku tersebut merupakan koleksi terhad memandangkan hanya 500 buah cetakan asal itu dihasilkan di seluruh dunia.

Menurut Potter, dia menyimpan buku tersebut di bawah tangga di kediamannya di Hampshire, England, sejak kematian bapanya pada 2017 akibat kanser.

Bagaimanapun, dia mengambil keputusan untuk menjual buku tersebut bagi mengumpul dana untuk mensemadikan abu mayat mendiang bapanya di Afrika.

Ia dijual oleh firma lelongan Hansons Auctioneer kepada seorang pembeli dari Britain.

“Saya gembira buku itu terjual. Kami bercadang untuk menggunakan wang itu untuk membawa abu mayat bapa saya ke Kenya,” kata Potter. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN