SEJAK Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia, setiap detik kehidupan Shuib dan anak-anak pasti menjadi perhatian umum.
Setiap kali melihat foto Shuib menjaga anak-anaknya terutama Ayash Affan, pasti tersentuh hati dan sebak apabila teringatkan si ibu yang tidak sempat menatap wajah anaknya.
“Tanggungjawab seorang ayah, seorang Shuib,” tulisnya dalam satu entri Instagram yang mengundang sebak netizen.
Lebih membuatkan netizen tersentuh apabila melihat pelawak itu mendukung Ayash untuk pemeriksaan kesihatan.
Kata netizen, Shuib merupakan ayah yang hebat dan sangat kuat demi empat orang anak-anaknya.
“Shuib, awak memang daddy yang hebat,” kata seorang netizen.
Tidak dinafikan, setiap perkongsian Shuib, pasti akan terdetik rasa hiba. Semoga Shuib dan anak-anak sentiasa dalam lindungan-Nya.
DIVA: Disebabkan Hairul Azreen dan Hanis Zalikha, ramai yang nak pergi bercuti naik helikopter juga. Katanya tak mahu bersesak di lapangan terbang.