fbpx

Betul ke Fizo nikah 21 Oktober nanti?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FIZO OMAR

SATU khabar angin tiba-tiba hinggap di telinga Diva apabila ada pihak membocorkan rahsia. Katanya, pelakon tampan yang juga duda beranak satu iaitu Fizo Omar bakal mendirikan rumah tangga buat kali kedua pada 21 Oktober ini.

Dengar-dengarnya juga, Fizo dikatakan bakal mengakhiri zaman dudanya dengan seorang wanita berusia 25 tahun di sebuah masjid di sekitar Lembah Klang. Apa yang pasti, wanita bertuah itu bukan dalam kalangan artis.

Patutlah ada rakan-rakan wartawan Diva mengadu bukan main susah sekarang nak bercakap dengan Fizo sebab panggilan telefon tidak dijawab, mesej pun tidak dibalas.

Mungkin Fizo takut agaknya jika wartawan bertanyakan soalan tentang kesahihan berita tentang perancangannya untuk mendirikan rumah tangga.

Sebelum ini Diva pernah juga risik-risik kebenaran yang mengatakan bahawa Fizo bakal berkahwin, namun pelakon itu menafikan dakwaan tersebut. Namun dia meminta untuk mendoakan yang baik-baik sahaja.

Kalau benarlah seperti apa yang Diva dengar, baguslah kalau begitu. Benda baik buat apa nak disorok-sorok.

Nasib baiklah Fizo berperangai baik dengan media. Jadi, tidaklah para wartawan ‘naik hantu’ sangat kalau betul dia bakal mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober nanti.

Apa-apa pun tahniah!

DIVA: Tak sabar rasanya nak menonton konsert penyanyi Misha Omar yang bakal diadakan di Istana Budaya pada 30 Oktober nanti. Dah lama sangat tak tengok konsert kan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI