fbpx

Liek Hou, Rashid raih durian runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIEK HOU dan Rashid menerima ganjaran sebuah rumah daripada pihak BT Bina Group ekoran kejayaan mereka membawa pulang pingat emas dari pentas Paralimpik Tokyo lalu.

TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.

Ekoran kecemerlangan yang dipamerkan oleh pada pentas Paralimpik Tokyo 2020 lalu, pemain badminton negara, Cheah Liek Hou bersama jurulatihnya, Datuk Rashid Sidek menerima ganjaran lumayan berupa sebuah rumah suite bernilai RM 800,000 di Bangsar.

Hadiah itu disumbangkan oleh BT Bina Group Sdn. Bhd. kepada wira negara tersebut selepas aksi cemerlangnya dengan membawa pulang pingat emas di temasya Paralimpik Tokyo 2020, September lalu.

Bagi Liek Hou, penghargaan ini cukup bermakna buat dirinya, malah menjadi pembakar semangat buatnya untuk terus mencipta lebih banyak kejayaan buat negara pada masa akan datang.

Tambahnya, selain sebuah rumah, pihak BT Bina juga memberi penajaan dari segi kewangan selama tiga tahun kepadanya dan dua lagi pemain badminton negara sehingga temasya terbesar dunia itu di Paris 2024.

“Pertama kali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada BT Bina Group kerana memberi penghargaan ini kepada saya.

“Selain rumah, pihak BT Bina juga memberi penajaan dari segi kewangan selama tiga tahun iaitu sehingga 2024 dan ia akan meringankan beban saya dari segi pembelanjaan untuk menyertai lebih banyak pertandingan bagi mengekalkan prestasi,” katanya ketika di majlis penyerahan rumah oleh pihak BT Bina di Bangsar, hari ini.

Pihak BT Bina turut bersetuju mengeluarkan dana penajaan berjumlah RM3 juta untuk tempoh tiga tahun kepada Liek Hou, Rashid bersama Vivian Hoo dan Lim Chiew Sien untuk meneruskan perjuangan memburu pingat emas di Olimpik Paris 2024 nanti. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI