PELAKON dan model jelita, Luna Maya mendedahkan ciuman pertamanya bukanlah daripada beberapa bekas teman lelakinya termasuk penyanyi, Ariel Noah dan Reino Barack.
Sebaliknya, kali pertama dia mendapat ciuman adalah ketika masih menuntut di sekolah rendah.
“Ciuman pertama saya ketika masih bersekolah rendah di kelas tiga. Tapi bukan ciuman di bibir ya tetapi pipi.
“Saya dicium seorang murid lelaki dari kelas enam ketika itu.
“Jadi ciuman tersebut menjadi ciuman pertama yang tidak akan saya lupakan sampai bila-bila,” ujar Luna.