fbpx

Makanan segera tingkat risiko hilang daya ingatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kapsyen - Makanan tinggi lemak dikaitkan dengan masalah ingatan. - The Sun

COLUMBUS, OHIO – Satu kajian yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari Amerika Syarikat mendapati bahawa makanan segera yang diproses menggunakan bahan pengawet dikaitkan dengan risiko kehilangan daya ingatan dalam bahagian otak yang lebih lama, lapor akhbar The Sun semalam.

Penyelidik turut memberi amaran bahawa bahagian otak yang dipanggil amygdala, yang mengimbangkan emosi takut akan turut terjejas.

Bagi mengelakkan risiko itu, penyelidik menyarankan agar orang ramai mengubah tabiat pemakanan mereka berbanding mengambil makanan tambahan.

Penyelidik berkata, diet yang tinggi asid lemak omega-3 yang diperoleh daripada ikan seperti salmon mampu menghilangkan masalah tersebut.

“Pengambilan makanan diproses tinggi boleh menyebabkan masalah pengurangan daya ingatan berlaku dengan lebih ketara,” kata saintis dari Institut Penyelidikan Perubatan Tingkah Laku di Universiti Negeri Ohio, Dr. Ruth Barrientos. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI