fbpx

Aliran trafik perlahan menuju ke selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) melaporkan aliran trafik bergerak perlahan menuju ke arah selatan petang ini.

Menurut laporan trafik di Twitter rasmi LLM, keadaan trafik di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS)@E2 bergerak perlahan arah Seremban (Nilai-Seremban) berikutan pertambahan jumlah kenderaan.

Selain itu, berlaku satu kemalangan di kilometer 82.7 arah utara (Ayer Hitam – Yong Peng) yang menyebabkan lorong kecemasan terhalang.

Bagaimanapun, keadaan trafik masih terkawal.

Sementara itu di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT1)@E8, trafik dilaporkan lancar di sepanjang lebuh raya di kedua-dua hala. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI