fbpx

Datuk, dua penjawat awam antara dikompaun RM357,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara individu yang ditahan selepas disyaki melanggar SOP Fasa 3 PPN dengan mengunjungi pusat hiburan semalam. /FOTO IHSAN PDRM

JOHOR BAHRU – Seorang individu bergelar Datuk bersama dua penjawat awam antara 83 individu degil dikenakan kompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan mengunjungi pusat hiburan semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kesemua mereka dikenakan kompaun dalam tiga serbuan yang dijalankan polis di daerah ini dan Masai.

Menurutnya, nilai keseluruhan kompaun yang dikeluarkan adalah berjumlah RM357,000.

“Serbuan pertama yang dijalankan di kompleks Berjaya Waterfront, Stulang Laut pada pukul 1 pagi, 50 individu dikenakan kompaun beserta seorang ahli perniagaan bergelar Datuk dan dua penjawat awam.

“Serbuan kedua melibatkan sebuah premis di Taman Desa Jaya, Masai dilakukan pada pukul 9.30 malam dengan seramai 17 individu dikompaun manakala serbuan ketiga pada pukul 11 malam di kawasan Southkey Mosaic, 16 individu dikompaun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ayob Khan turut memberitahu, tiga penjaga premis berasingan itu dikenakan kompaun antara RM10,000 hingga RM25,000 manakala yang lain dikenakan kompaun antara RM2,000 hingga RM5,000.

“Dalam tiga operasi berkenaan, polis turut menahan 29 individu kerana positif dadah, 13 wanita warga asing kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan sah, dua individu tidak mempunyai kad pengenalan diri dan tiga penjaga premis.

“Kesemua yang ditahan dalam Op Noda (Pusat Hiburan) itu berusia antara 16 hingga 62 tahun,” ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI