PUTRAJAYA – Sebanyak 7,509 kes baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di seluruh negara sebanyak 2,384,542 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman CovidNow di https://covidnow.moh.gov.my.
“Data setiap hari bagi laman CovidNow adalah dikemas kini sekali gus selepas tengah malam,” katanya pada hantaran ringkas di laman Facebook di sini hari ini. -K!ONLINE