PEREMPUAN jahat! Barangkali itu yang sering terpacul di mulut penonton drama tempatan saat melihat onar dan kelakuan pelakon bermata bundar itu di kaca televisyen. Syurga Untukmu, Puteri Yang Ditukar, Cinta Fatamorgana dan Setelah Cinta Itu Pergi, sekadar menyebutkan beberapa judul, semuanya menonjolkan sisi hitam karakter watak yang dijayakannya. Biarpun begitu, momentum karier si pemilik nama pentas Julia Farhana Marin itu bergerak cemerlang selama empat tahun bergelar pelakon. Jujurnya diakui, campaklah apa sahaja watak, dia mampu melunaskannya dengan sukses biarpun sekadar…
Mengulas tentang tahap popularitinya yang belum memuncak dan peledak nama jika ada, Julia berkongsi pendekatan tersendiri. Dia menolak ‘cara kotor’ semata-mata mahu popular.
Bagi pelakon yang popular menerusi drama Puteri Yang Ditukar itu juga, konsep kontroversi murahan dapat menaikkan nama seseorang pelakon dalam industri, tidak wujud dalam kamus hidupnya.
Daftar di sini untuk baca berita penuh.