fbpx

Pemandu maut dihempap jengkaut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN sebuah jengkaut yang terbalik dan menghempap seorang lelaki di kawasan Dusun Eco Resort di Bentong hari ini.

BENTONG – Seorang lelaki warga asing maut apabila jengkaut yang dipandunya terbalik selepas terjatuh di kawasan berbukit setinggi 24 meter di kawasan Dusun Eco Resort di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu menyaksikan pemandu jengkaut berusia 28 tahun berkenaan dihempap dan tersepit di bawah jentera berat berkenaan.

Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, seramai lapan anggota bomba bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan pada pukul 3.10 petang.

“Pemandu jengkaut didapati tersepit di bawah jentera berat berkenaan dan bomba melakukan kerja-kerja mengorek tanah untuk mengeluarkan mangsa.

“Operasi tamat pada pukul 9.26 malam selepas mayat mangsa yang berjaya dikeluarkan,”katanya di sini hari ini.

Menurut Ismail, mayat mangsa diserah kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI