fbpx

Polis Perak kerah 1,668 pegawai, anggota tingkat penguatkuasaan SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis Perak menjangkakan rondaan dan penguatkuasaan SOP susulan kebenaran rentas negeri.

IPOH – Seramai 1,668 pegawai dan anggota polis digerakkan untuk memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di tempat tumpuan ramai susulan kebenaran aktiviti rentas negeri sejak Isnin lalu.

Antara lokasi yang dijangka menerima kunjungan ramai seperti lapangan terbang, stesen keretapi, hentian rehat dan rawat, kawasan perkelahan dan pelancongan.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, semua Ketua Polis Daerah telah diarahkan untuk memastikan penguatkuasaan SOP daerah dipertingkatkan.

“Sebanyak 417 pasukan pemantau dengan kekuatan 1,668 pegawai dan anggota ditugaskan untuk memantau pematuhan SOP di negeri ini.

“Unit Kereta Peronda (MPV), Unit Rondaan Bermotorsikal (URB) dan Rondaan Cegah Jenayah (RCJ) juga akan ditugaskan untuk melakukan rondaan dan pemeriksaan yang lebih kerap,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Menurut beliau, sebanyak 111 kompaun atas pelbagai kesalahan pelanggaran SOP direkodkan sejak Isnin lalu sehingga semalam.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI