PETALING JAYA – Betul orang kata, “tidak perlu kaya untuk bantu orang”.
Satu klip video yang tular di media sosial hari ini menunjukkan seorang penunggang Grab Food wanita membantu seorang warga emas buta untuk melintas jalan.
Melihat kepada reaksi spontan yang dilakukan wanita tersebut, rata-rata orang ramai menyifatkan tindakan terpuji itu perlu dipraktikan oleh rakyat Malaysia.
“Sebak aku lihat akak rider tu, sanggup dia berhenti motor semata-mata nak pimpin tangan pakcik tu lintas jalan.
“Orang lain hanya tengok saja, hanya pedulikan usrusan dunia semata-mata, tahniah akak rider,” jelas Azameli MJ.
“Tuhan hantar akak ni untuk tunjuk dekat kita bahawa tidak perlu kaya pun untuk bantu orang yang susah.
“Semoga video ini jadi pengajaran kepada saya sendiri serta sesiapa sahaja yang melihatnya,” jelas Nursabitah Harun. – K! ONLINE.