fbpx

Keluarga mahu jual ginjal, mata untuk bayar hutang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH keluarga di Thailand menawarkan untuk menjual organ mereka bagi membayar hutang bank. - FACEBOOK

BANGKOK – Seorang lelaki dan keluarganya di wilayah Ubon Ratchathani cuba menjual mata dan buah pinggang dalam usaha menyelamatkan rumah dan kebun mereka, lapor portal berita The Thaiger semalam.

Lelaki tersebut bersama isteri dan dua anak lelaki berjalan kaki dalam hujan dari rumah mereka menuju ke ibu negeri wilayah Ubon Ratchathani sejauh 100 kilometer. Mereka merancang untuk menemui Perdana Menteri, Prayuth Chan-O-Cha yang akan melakukan lawatan ke wilayah itu hari ini.

Keluarga itu meletakkan dua papan tanda mengiklankan mata, buah pinggang dan organ lain daripada empat anggotanya untuk dijual bagi mengumpul wang sebanyak 860,725 baht (RM107,635) yang diperlukan untuk menyelamatkan rumah dan kebun mereka.

Selepas tindakan tersebut gagal menarik pembeli, mereka mengambil papan tanda itu dan mula berjalan kaki ke ibu negeri wilayah Ubon Ratchathani. Sepanjang perjalanan mereka, keluarga berkenaan menerima sokongan orang ramai yang hadir untuk mendengar kisah mereka.

Kisah sedih itu bermula pada 2014 apabila lelaki berumur 48 tahun itu yang bekerja sebagai penyampai radio bersama kerajaan tempatan di Daerah Kemarat bersetuju menjadi penjamin untuk pembelian traktor oleh isteri sahabatnya sebanyak 860,000 baht (RM107,545).

Sahabatnya adalah seorang anggota polis di Balai Polis Na Tan dan dia mengenali lelaki itu sejak dari kecil.

Bagaimanapun, sahabatnya gagal membuat pembayaran selepas itu dan menjelang tahun 2016, keluarga tersebut menerima notis tuntutan oleh bank. Pada tahun lalu, Jabatan Pelaksanaan Undang-Undang memberi notis bahawa rumah dan tanah kebun mereka telan dirampas dan akan dilelong untuk menyelesaikan hutang tersebut.

Bagaimanapun, lelongan itu gagal menarik pembeli manakala lelongan seterusnya akan dilakukan hari ini.

Keluarga itu yang terdesak menggunakan pelan untuk menjual organ bagi mengumpul wang untuk dibayar kepada pihak bank. Kini mereka berjalan sejauh 100 kilometer untuk menemui Prayuth dan cuba mendapatkan bantuannya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI