fbpx

Salah enggan isu kontrak ganggu fokus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALAH (kanan) berada dalam fasa rundingan kontrak baharu dengan Liverpool tetapi kenaikan gaji yang tinggi menyebabkan ia berjalan agak perlahan. – AFP

LIVERPOOL – Bintang Li­verpool, Mohamed Salah enggan fokusnya terganggu di­sebabkan situasi kontraknya, menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Watford di Stadium Vica­rage Road malam ini.

Penyerang prolifik berusia 29 tahun itu tetap akan memberikan prestasi terbaiknya bagi memastikan The Reds berjaya mengutip tiga mata penuh walaupun rundi­ngan mengenai lanjutan perjanjian baharu masih berada dalam keadaan samar.

“Saya gembira selagi pasukan ini terus mencipta kemenangan. Saya berada di sini untuk menjaringkan gol bagi memastikan pasukan berjaya melakar kemenangan.

“Tidak kira apa situasi sedang dilalui, anda perlu sentiasa memberikan yang terbaik demi pasukan. Anda perlu sentiasa memaksa diri anda berada pada tahap paling baik.

“Kami perlu ingat bahawa Liverpool adalah pasukan yang besar, jadi kami perlu memastikan saingan musim ini berakhir dengan memenangi sesuatu,” kata Salah.

Difahamkan, Liverpool kini terdesak untuk menawarkan kontrak baharu kepada Salah bagi menghalang dua gergasi Sepanyol, Real Madrid dan Barcelona untuk membelinya memandangkan kontraknya bakal berakhir pada Jun 2023.

Bagaimanapun, proses itu dilaporkan berjalan dengan cukup perlahan kerana Salah meminta kenaikan gaji tinggi bernilai £500,000 (RM2.84 juta) seminggu sekali gus menjadi salah seorang pemain dengan gaji termahal dalam sejarah EPL.

Kapten Mesir itu merasakan dia layak menerimanya berdasarkan prestasi cemerlang­nya sepanjang lima tahun di Anfield. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI