fbpx

Pelajar kumpul duit bawa motosikal ke USIM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMMAD Firdaus Shairul Azman menurunkan motosikal yang dibeli dengan wang yang dikumpulnya sebagai kegunaan sepanjang menuntut ilmu di USIM Nilai, Seremban. - Foto oleh ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI

SEREMBAN – Seorang penuntut baharu Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nilai dekat sini gigih untuk mengumpul wang selama tiga tahun semata-mata untuk membeli sebuah motosikal jenis Yamaha 150 bagi memudahkan urusannya untuk melanjutkan pelajaran di universiti tersebut.

Muhammad Firdaus Shairul Azman, 21, berkata, sebelum ini dia menjalankan kelas mengaji al-Quran secara dalam talian sepanjang melanjutkan pelajaran di peringkat diploma di Kolej Pengajian Islam Johor Bahru (Marsah), Johor Bahru.

“Saya mengumpul wang termasuk gaji secara separuh masa sebanyak RM500. Saya memang mahu membeli motosikal tersebut.

“Selepas habis diploma pada tahun lalu, wang yang dikumpul sudah mencukupi dan saya terus membeli motosikal berkenaan secara tunai sebanyak RM9,800. Hari ini, keluarga saya menaiki Toyota Hilux membawa motosikal saya itu dari Pontian, Johor,” katanya.

Dia ditemui pemberita selepas mendaftar sebagai pelajar baharu secara fizikal di USIM, Nilai hari ini.

Menurut Muhammad Firdaus, dia melanjutkan pengajian dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah di USIM selama empat tahun.

“Saya meminati bidang pengajian al-Quran dan memang meletakkan kurus ini sebagai pilihan pertama dan tidak sangka saya mendapat peluang belajar di sini.

“Saya rasa seronok dapat memasuki USIM yang dilihat lengkap untuk pengajian saya. Saya berjanji akan belajar bersungguh-sungguh dan bercita-cita menjadi guru agama atau pendakwah,” katanya.

Dalam pada itu, Muhammad Firdaus merupakan anak ketiga daripada enam berhasrat meneruskan tugas sebagai pengajar al-Quran secara dalam talian walaupun sudah memasuki universiti.

“Saya berniat untuk meneruskan mengajar al-Quran walaupun sudah bergelar pelajar di sini. Saya amat gemar mengajar dan akan terus belajar menyampaikan ilmu,” katanya.

Dia dihantar oleh ibu, Norazihan Adnan, 49 dan bapanya, Shairul Azman Bahari, 49 yang merupakan seorang guru sekolah menengah di Pontian, Johor. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI