fbpx

Polis pantau kawasan pelancongan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUANTAN – Pihak polis akan melakukan pemantauan berterusan di semua lokasi dikenalpasti khususnya di kawasan pelancongan yang dijangka akan menjadi tumpuan pengunjung pada cuti hujung minggu ini.

Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, pemantauan dan pemeriksaan akan dilakukan bagi memastikan pengunjung mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan termasuklah lengkap dua dos vaksin.

“Pahang berada dalam fasa empat jadi hanya pelawat yang lengkap dos vaksin dibenarkan dan mereka hendaklah mematuhi SOP ditetapkan yang mana Akta 342 masih lagi berkuatkuasa.

“Pemantauan dilakukan secara berterusan oleh pasukan pemantau di seluruh negeri bagi memastikan SOP dengan dipatuhi,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu beliau berkata, setakat ini aliran trafik masuk ke negeri ini masih terkawal meskipun berlaku penambahan kenderaan berbanding sebelum kebenaran rentas negeri dibenarkan.

Katanya, polis trafik ditempatkan di kawasan yang dikenalpasti bagi mengawal lalu lintas dalam berhadapan sebarang kemungkinan kesesakan khususnya pada hujung minggu.

“Saya meminta pengguna jalan raya supaya mematuhi peraturan ditetapkan agar perjalanan lancar dan selamat sampai selain memastikan SOP turut dipatuhi,”ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI